Blogger Backgrounds

Tuesday, July 14, 2009

jiwaku!!


Assalamualaikum.. welcome again to my life!!


AKu sekarang…… ntahlah.. sbenarnya aku telah terjebak dengan satu masalah yg aku cipta sendiri…. masalah pe?? em, biarlah aku sorang je yg simpan, selain kawan2 rapat aku… Aku pun xtau nape jadi begini…. Hati dan akal aku xleh berjalan seiring utk selesaikan masalah ni.. Hati kata lain, akal kata lain…. perasaan lagi la, jd masalah terpencil lg yg bila aku cuba selongkarkan, rupanya bnyk lagi yang bercanggah ngan akal dan hati aku…. ish, pe yg aku merepek ni???

Aku berdoa moga2 aku dapat kekuatan utk hadapi masalah yg tercipta oleh tuan empunya badan, akal, hati dan perasaan ini sdri….. :’( Aku buntu sebenarnya….. Antara realiti dan impian… Antara kehidupan dan angan-angan…. Ya Allah, berilah aku petunjuk-Mu…

Kekecewaan memenuhi segenap ruang hati ini.. mungkin kekecewaan ini sekadar mengujiku…. atau aku kah yg tertipu dengan semua permainan ini?

Pergilah segala kedukaan…. ingin aku sisihkan segala keperitan…. Aku sebenarnya insan yg lemah.. terlalu tidak sempurna… apa lagi merasakan diri ini mulia… Biarlah semua itu berlalu…. walaupun terlalu berat kaki ingin melangkah…

Hidupku seperti gelora di lautan…. jiwa aku seumpama pasir-pasir putih di pantai…. dan mungkin hatiku seperti batu… yg kaku dan lesu..

aku dah buat satu keputusan yg terpenting dlm hidup aku… xtau lah betul atau x kputusan ini… tp semua petunjuk yg Allah berikan itu lah yg menjadi kekuatan utk aku memilih keputusan itu..

xpelah keputusan apa pun.. Yg penting, setiap orang telah dijanjikan sebuah kehidupan di dunia yg hanya sementara, dan sebuah kehidupan di akhirat yg kekal selama-lamanya….
Hidup kita memang xakan selalu indah.. seperti satu hari yg tidak selalunya cerah….. kadang-kadang hujan turun bersama guruh dan kilat…. akhirnya terhasil sebuah pelangi yg sungguh indah! Sungguh berhikmah ciptaan Tuhan kan??

Walaupun aku perlukan sedikit masa utk mengumpul semula kekuatan ini, tp aku percaya Allah sentiasa dengan aku… Pelbagai dugaan sebelum ini amat mengajar aku… Aku tahu dalam kehidupan ini, SABAR adalah satu sikap yg paling penting… Tnpa sabar, mungkin hidup aku xtau lah smpai ke mana…

Apa pun, aku bersykur.. kerana aku diberi ujian-ujian sebegini….. Aku tidak salahkan sesiapa… kerana Allah sedang mengajarku lebih bnyk tentang kehidupan.. Aku berdoa supaya kehidupan aku yg akan dtg lebih bermakna… dan aku tahu masa utk bahagia itu sudah hampir denganku…. Aku berdoa juga moga2 Allah tabahkan hati ini.. Amin..

Xpela.. Aku doakan dia bahagia…. Tiada kuasa, tiada daya utk menghalang setiap perjalanan takdir yg telah ditetapkan Allah utk setiap hamba-Nya… Aku redha dgn stiap ketentuan… kerana apa yg terbaik utk dirinya juga adalah yg terbaik utk aku…..

So now…. wpun terasa sedikit luka itu, tetapi aku boleh menghembus nafas lega…. Akan aku teruskan perjalanan….. Wpun aku memang sedang meneruskan langkah hidup aku, tetapi skrg aku betul2 xakan menoleh lagi….. Let it be…. Aku bukanlah tiada kekuatan… tp berita itu sedikit menyentapkan hatiku yg sudah lama tenang selepas kejadian itu…

Aku sedar, di hadapan aku ada bnyk lagi yg perlu aku tempuhi…. Aku cuma perlu kekuatan hati je…. Insya Allah…


k,la..stkt nie dlu..hati ak mmg2 skit..

Lastly… Aku doakan dirimu bahagia dan selamat menempuh alam yg baru…..

No comments:

Post a Comment